''Lagi-lagi kamu meminta aku membacakan buku cerita mu, bukankah sudah berkali-kali apa katakan bahawa papa mu tidak ada waktu! janggu aku! Tidakka kau lihat bahawa papamu sangat penat! Bermainlah dengan mainan mu dan jangan ganggu papa!" ujar sang ayah dengan marah, saat gadis kecilnya yang berusia 4 tahun itu memintanya untuk membacakan buku cerita. Si gadis kecil hanya menundukkan kepalanya dengan sedih sambil menahan tangisnya. Ia memohon kepada kepada ayahnya, "Papa, tolong bacakan sekali ini saja." Mendengar permohonan tersebut, si ayah semakin marah, "Tidak! sekali lagi aku katakan tidak! pergilah bermain dengan anak patung mu atau tidur, jangan ganggu papa." Si gadis kecil kemudian menangis lalu berlari masuk ke dalam kamar tidurnya. Ibunya segera menuju ke kamar si gadis kecil, menghiburnya dan menemaninya sampai tertidur.
Keesokan harinya, si ayah berangkat ke pejabat lebih awal daripada hari-hari biasa kerana mempunyai mesyuarat penting.
Petang itu, si ayah menerima panggilan telefon dari isterinya di rumah. Isterinya dengan tersedu-sedu mengatakan bahawa gadis kecilnya mengalami kecelakaan jalan raya dan saat ini berada di ruang kecemasan. Si ayah sangar terkejut dan segera ke hospital untuk melihat gadis kecilnya.
Saat tiba di ruang kecemasan, si ayah mendengar suara jeritan dan tangisan isterinya. Dia menghampiri dan melihat bahawa gadis kecilnya terbaring kaku. Gadis kecilnya meninggal dunia sebelum sempat bertemu dengannya. Ia sangat terpukul dan sedih. Apatah lagi ketika jururawat yang bertugas memberitahu bahawa sebelum ajalnya, si gadis kecil meracau "papa tolong bacakan cerita untukku." Si ayah menangis tersedu-sedu.
Malam semakin larut, pada kamar jenazah si gadis kecil, terdengar suara lirih penuh perasaan sedih dan menyesal. Suara si ayah menbacakan buku cerita di depan jenazah gadis kecilnya.
Tips Melancong Bersama Anak-anak Kecil
6 years ago
No comments:
Post a Comment