kL1K c1n1.... ^^v




I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com

Sunday, January 24, 2010

Isu Hangat serta amanat daripada Presiden CUEPACS sdr.Hj.Omar Osman pada 09 Jan 2010 semasa Malis Se To members of SABAH MEDICAL SERVICES UNION (SMSU)

1. Kenaikan gred bagi Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu di
KKM.
2. Tambahan kenaikan 5 tangga gaji bagi setiap gred yang terdapat di
KKM
3. Insentif Kerja Malam bagi anggota Perkhidmatan Awam yang bertugas
dari jam 12 malam – 7 pagi.
4. Pengeluaran Gred Duti bagi anggota yang telah berkhidmat 20 tahun
dan keatas.

5. Bonus Tahunan
Pihak CUEPACS telah memohon bonus tahunan juga kepada penerima pencen. Pada peringkat awal ianya telah dipersetujui namun disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu, kerajaan telah menangguhkan kelulusan tersebut. Sekiranya keadaan ekonomi mengalami perubahan yang positif, beliau percaya ianya akan diumumkan sebelum bulan Mei tahun ini.

6.Elaun Pos Basik ( Isu yang diutarakan oleh Ahli SMSU )
Perkara ini telah diutarakan disebabkan rasa tidak puas hati anggota yang mempunyai pos basik tetapi tidak dibayar hanya disebabkan mereka bertugas di wad / unit yang tidak berkaitan.Pada dasarnya ianya adalah disebabkan atas kepentingan perkhidmatan / urusan kenaikan pangkat dimana arahan telah dikeluarkan samada oleh pihak KKM , JKNS atau hospital bukan atas pilihan anggota itu sendiri. Presiden CUEPACS menyatakan bahawa kertas cadangan telah dihantar kepada pihak KKM dimana permohonan agar semua anggota yang memiliki pos basik adalah layak menerima elaun tersebut tanpa mengira tempat bertugas.

7. Elaun Perumahan ( Isu yang diutarakan oleh Ahli SMSU )
Pada pandangan kasar elaun perumahan yang diterima ( RM180.00 ) oleh setiap anggota KKM adalah sememangnya tidak mencukupi dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat pada masa ini. Menjawab persoalan ini beliau memaklumkan bahawaianya telah pun dibincangkan dalam peringkat cabinet dan sedang menunggu kelulusan. Permohonan yang telah dikemukakan adalah sebanyak RM280.00 sebulan.

8. Anggota Jururawat Masyarakat yang mengikuti Kursus Peralihan Ke Jururawat Terlatih
Anggota JM yang lulus menjalani kursus peralihan ke JT dikehendaki mengambil semula latihan kebidanan sebagai pos basik sedangkan latihan asas yang diterima semasa menjalani kursus JM adalah daripada aspek kebidanan. Wakil JM menyatakan hasrat samada bolekah ianya diperakukan selaras dengan Jururawat yang memiliki pos basik Kebidanan. Pihak SMSU diminta menyediakan kertas kerja berhubung isu ini untuk dibawa ke peringkat nasional oleh pihak CUEPACS.

Amanat Presiden CUEPACS kepada ahli SMSU Caw. Sandakan

Perintah Am Bab D – Tindakan Tatatertib bagi anggota Tetap & Berpencen
Beliau mengingatkan agar semua ahli untuk bekerja dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab. Bagi anggota yang memilih skim Tetap dan Berpencen sekiranya tindakan tatatertib dikenakan, maka anggota tersebut akan kehilangan semua faedah yang bakal diperolehi semasa berpencen nanti.

Demikianlah isu-isu semasa yang positif telah disampaikan oleh Presiden CUEPACS. Besar harapan kami dari SMSU agar lebih ramai kakitangan hospital yang belum menjadi ahli untuk tampil ke hadapan menjadi ahli agar kesatuan ini lebih TEGUH dan MANTAP dalam memperjuangkan hak pekerja dalam sektor perkhidmatan awam.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment