kL1K c1n1.... ^^v




I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com

Sunday, March 7, 2010

SEBAB-SEBAB LELAKI TIDAK SUBUR

Terdapat beberapa sebab mengapa lelaki tidak subur. Antaranya adalah seperti....

Fakor yang mempengaruhi penghasilan sperma
  1. Hormon endrogenik.....
  • gabungan hormon2 lelaki.
  • Paras hormon ini akan meningkat semasa akil baligh.
  • Hormon ini membentuk ciri-ciri karakter lelaki seperti susuk tubuh yang sasa,suara yang garau, misai dan kumis.
  • Kekurangan atau ketidakstabilan hormon ini menyebabkan sperma tidak dapat membentuk dengan normal...
2. Hormon daripada kalenjar pituitari...
  • Dlm sesetengah kes kemalangan atau trauma yang melibatkan gegaran otak memberi kesan terhadap penghasilan hormon ini.
  • Apabila hormon ini berkurangan penghasilan sperma turut terjejas.
3. Kedudukan skrotum (kerandut Zakar)...
  • Faktor suhu badan yang tinggi menjejaskan penghasilan sperma.
    Contohnya seperti sentiasa terdedah kepada suhu panas dan sering menggunakan pakaian dalam yang terlalu ketat atau tebal.
  • Kedudukan testis di luar kerendut zakar menjejaskan peluang mendapatkan zuriat.
4. Masalah pada Epididimis...
  • Kerosakan epididimis boleh berlaku disebabkan serangan kuman seperti genorhea dan tubelatosis.
  • Apabila epididimis rosak,pengumpulan sperma tidak lancar.
  • Bagi lelaki yang gemar sukan lasak perlu sentiasa berwaspada dan melindungi organ yang mustahak ini.
5. Masalah pada Vas Deferens
  • Vas Deferens adalah saluran utama di mana sperma dari epididimis di bawa masuk ke dalam uretra.
  • Van deferens boleh 'tersumbat' disebabkan oleh jangkitan kuman atau 'semula jadi' iaitu kecacatan semasa lahir.
  • Sumbatan itu mungkin boleh dipulihkan melalui pembedahan kecil.
6. Sebab lain yang menyebabkan kurangnya penghasilan sperma adalah jangkitan kuman, sakit kelamin, merokok secara berlebihan dan ketagihan alkohol.
  • Asap rokok mengandungi bahan toksin yang merosakkan kualiti sperma.

No comments:

Post a Comment