....Sesampai sahaja dirumah, aku terus membuang beg sekolah ku dengan kasarnya dihadapan bapaku sambil menangis dan marah. ''Mengapaka kau datang mengambil ku? Dimana bas sekolah yang kau sewa untuk ku? Mengapakah kau yang datang mengambil ku? sekarang semua orang tahu bahawa bapaku seorang yang buruk dan hodoh, aku merasa malu dan aku tidak akan pergi sekolah lagi sebab semua orang tahu ayahku mempunyai wajah yang buruk dan hodoh..!" Ayahku hanya mendiamkan diri tanpa mengatakan sesuatu kepadaku....
....Petang itu aku keluar rumah tanpa memberitahu ayahku, sebab aku masih marah dengannya kerana mengambilku dari sekolah dengan hanya menaiki basikal tuanya. Selama 9 tahun aku menyembunyikan perkara ini dari teman-temanku namun aku tidak sangka bapaku yang hodoh ini datang menjemputku pulang. Sya berharap semoga dia cepat mati di langgar lori atau mendapat penyakit. Kerana dia semua kawan-kawan sekolah ku menjauhkan diri daripada ku....
....Kerana begitu marah pada ayahku, aku tidak pulang kerumah selama dua hari dan aku telah ponteng dari sekolah selama 2 hari juga. Namun pada suatu hari sewaktu aku duduk disebuah kedai makan aku melihat seorang anak perempuan dalam lingkungan 10 tahun membawa dan memimpin ayahnya yang buta kesebuah kedai RM2 untuk membeli kasut ayahnya. Anak kecil itu tidak merasa malu mempunyai ayah yang buta dan miskin. Ketika melihat anak kecil itu memimpin ayahnya hatiku merasa sedih dan menyesal dengan apa yang telah aku lakukan kepada ayahku sendiri. Aku membeli 2 bungkus nasi goreng dan terus pulang kerumah. Jam menunjukkan kira-kira 5.45 petang. Dalam perjalanan, aku merasa begitu menyesal atas layananku terhadap ayahku. Sesampai saja aku di pintu pagar kawasan rumahku, aku melihat ramai orang sedang menangis. Apabila aku menghampiri dan bertanya mengapa? Salah seorang daripada jiran kami memberitahu bahawa ayahku sudah meninggal dunia sejak kelmarin lagi....
....Sakit asma bapaku menyerang dua hari yang lalu. Selalunya apabila sakit asma bapaku menyerang akulah yang membantunya, tetapi pada saat dia memerlukan aku, aku tidak ada disisinya. Aku merasa sungguh sedih dan menyesal atas semua perbuatanku kerana pada saat-saat akhir hidupnya aku tidak dapat membalas segala jasa baik dan pengorbanannya. Aku berteriak sekuat-kuatnya dihadapan keranda ayahku namun apa yang kulihat hanyalah sebuah peti yang berisikan mayat ayahku yang tidak lagi mendengar apa yang ku luahkan......
..............................MaafKan AKu Ayah.................................
p/s:cerita ini hanya la rekaan ku semata2..hnya sekadar contengan dlm blog ku ^^v
p/s:cerita ini hanya la rekaan ku semata2..hnya sekadar contengan dlm blog ku ^^v
No comments:
Post a Comment