kL1K c1n1.... ^^v




I changed my font at scrappinblogs.blogspot.com

Monday, January 25, 2010

TIDA ada masa BaH..?!

Biasanya orang memberi berbagai-bagai alasan bila tidak berjaya melakukan suatu kerja yang disuruh. Dan antara alasan yang biasa sekali diberi ialah, "Tidak ada Masa bah!" Misalnya boss tanya pekerjanya kenapa tak buat kerja yang disuruh. Jawapan: "Tidak ada Masa bah boss."; Demikian juga bila guru bertanya kepada murid, kenapa tak buat kerja rumah? Murid menjawap: " Sori...Tak ada masa bah cikgu." Begitu juga dengan anak-anak yang sibuk berkerja di bandar, bila ditanya kenapa tak sering balik ke kampung untuk bertemu dengan ibubapa. Alasan: "Tidak ada masa bah! Sibuk betul." Demikian juga bila umat yang jarang-jarang pergi sembayang. Alasan mereka,"Tidak ada Masa."

Betulkah alasan ini? Bila difikirkan secara mendalam alasan Tidak ada Masa adalah satu alasan yang tidak logik dan tidak masuk akal. Kerana kita sentiasa ada masa bah! Kita ada 24 jam didalam sehari. Jadi, pandai-pandailah kita mengatur masa dan membahagi-bahagikan masa mengikut kepentingan dan keutamaan sesuatu perkara atau hal.

Mengatur masa adalah penting sekali didalam kehidupan kita. Sebab itu, buatlah perancangan bagaimana menggunakan masa yang ada sebaik yang mungkin. Jangan terlalu tumpuhkan kepada suatu perkara sahaja sehingga hal-hal yang lain diabaikan. Misalnya terlalu bekerja sehingga lupa sembayang. Atau terlalu keluar dan bersama-sama dengan kawan-kawan(Aramai Tii bah!) sehingga kurang masa untuk bersama dengan ahli-ahli keluarga sendiri. Atau seorang pelajar terlalu belajar sehingga hal berdoa ditinggalkan dan kesihatan badan diabaikan. Keadaan seperti ini boleh membawa padah dan kerugian kepada diri sendiri. Sebab itu Keseimbangan didalam mengatur masa haruslah ada.

Perkara yang penting mestilah dimasukkan didalam "Perkara Utama "yang penting yang mesti dilakukan setiap hari. Walau bagaimana pun perkara yang penting tidak semestinya diluangkan masa yang terlalu banyak.Apa yang penting didalam hal MASA ini ialah kita aturlah MASA kita dengan baik supaya perjalanan hidup kita lebih aman dan teratur. Ini adalah penting untuk menjamin keberkesanan didalam hal mengurus kehidupan kita setiap hari agar kita mempunyai ketenangan dan kebahagian didalam hidup.

Kalau kita atur MASA kita dengan baik maka, hidup kita tidak akan kelam-kabut dan tidak huru-hara. Sesungguhnya perancangan dan pembahagian MASA yang baik adalah penting sekali didalam hidup kita supaya boleh memastikan kita ada MASA untuk semua perkara. Maka dengan itu kita tidak payah lagi berdalih "Tidak ada Masa bah!"

http://emo.huhiho.com

No comments:

Post a Comment